Tuesday, July 19, 2016

Jabatan Mekanikal Servis

Jabatan Mekanikal Servis (JMS) ILP Kuala Lumpur merupakan satu jabatan yang penting dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menghasilkan modal insan negara yang berkualiti dan berdaya saing. Graduat yang dihasilkan oleh JMS ILP Kuala Lumpur sering mendapat permintaan tinggi dari sektor awam dan sektor swasta negara. Jabatan ini telah melahirkan ribuan graduan yang kompetitif sejajar dengan kehendak Visi dan Misi Jabatan. Dengan pengembangan pesat pembangunan negara, ILP Kuala Lumpur tidak ketinggalan dalam mengeluarkan tenaga mahir negara yang berkemahiran tinggi dan bersahsiah tinggi selaras dengan moto Jabatan sebagai Peneraju Kemahiran Terbilang.
Jabatan Mekanikal Servis (JMS) diterajui oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh tiga orang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Jabatan ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu:-
  1. Bahagian Teknologi Automotif
  2. Bahagian Teknologi Jaminan Kualiti
  3. Bahagian Teknologi Mekanik Industri
Jabatan ini menawarkan pengajian kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma. Jabatan ini membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan yang serba mencabar apabila tamat pengajian kelak. Antara program yang ditawarkan oleh jabatan ini adalah:-
  1. Sijil Teknologi Automotif
  2. Sijil Teknologi Jaminan Kualiti
  3. Sijil Teknologi Mekanik Industri
  4. Diploma Teknologi Automotif


No comments:

Post a Comment