PENGENALAN KURSUS:
Kursus ini dahulunya dikenali sebagai Kursus Sijil Teknologi Mekanik Industri. Selaras dengan perkembangan teknologi, penambahbaikan telah dilakukan untuk kursus ini. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik. Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.
TEMPOH LATIHAN:
30 Bulan
KELAYAKAN AKADEMIK:
- Warganegara Malaysia;
- Boleh membaca, menulis dan mengira;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
- Bahasa Melayu:
- Matematik/ Matematik Tambahan; dan
- Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Pemesinan Berkomputer/ Amalan Bengkel Mekanikal/ Teknologi Bengkel Mesin/ Lukisan Geometri & Mesin.
PERSIJILAN:
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
- Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
KETERANGAN KURSUS:
Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat‐alat tangan (hand tools) bagi kerja‐kerja asas logam, teknik‐teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik.
PELUANG KERJAYA:
Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat telah mendorong lebih banyak industri seperti industri pembuatan dan kejuruteraan ditubuhkan. Industri seperti ini memerlukan ramai pekerja-pekerja mahir dalam bidang Mekanik Industri atau jurugegas. Dengan itu peluang pekerjaan bagi pelajar-pelajar yang mengikut kursus ini cerah. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Juruteknik Penyelenggaraan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang penyelenggaraan mekanikal. Mereka yang berpengalaman dan mempunyai modal boleh membuat perniagaan sendiri.
Sumber : http://www.ilpkl.gov.my
Sumber : http://www.ilpkl.gov.my